Any fool can make a history but it takes a genius to write it
-Oscar Wilde-

Monday, 30 October 2017

Si Maha Betul

Walaupun dah berkali-kali tahu perangai makcik tu, asyik nak terjebak je kenapa?

My strategy lepas ni,

1. Sila jangan ikut kemana-kemana bila makcik itu ada
2. Kalau terpaksa ikut jugak, sila jadi bodoh and less talking. Better jadi anti-social daripada sakit hati.

Yelah, kita tak cakap dengan dia pun, tetiba menyampuk, makan kat situ sedap? eee tak sedap langsung.

Weh, kau sapa nak kata taste kaulah yang paling hebat. paling sedap. bila rasa kau masak xdelah sedap mana. tekak orang lain2 so back off b*tch.

Asyik engkau je tahu semua. Tahu jalan kat mana semua, hotel terbest kat mana semua, makanan tersedap kat mana semua, travel nak buat apa kau tau semua, semua fakta pasal dunia kau tau semua, kaulah doktor yang paling hebat semua pffft.

Ambillah semua. i got nothing to prove to you. 

Tambah sakit hati bila husband sendiri tak back up kita and siap warning kita suruh diam je ikut je supaya tak gaduh. kesian dia bapak takde masa kecik lagi.

hello? sekarang dah umur berapa? macam la bapak kita ada setiap masa dengan kita masa pembesaran kita, tapi elok je kita jadi manusia.

kan?

Tuesday, 22 August 2017

Entry Dedikasi #4 Si Cantik Hannah

Salam semua,

dalam blog yang saya lupa password sebelum ini, saya ada buat post dedikasi untuk orang-orang yang hadir dalam hidup saya.

Ini adalah entry ke empat. Secara random saya pilih si cantik hannah kali ini.

Kami kenal dalam kelas DLSA di uitm. Sebagai seorang pekerja yang sambung belajar semasa bekerja, maka saya antara senior dan dia memanggil saya kak jan. (Baca: Yang rapat je boleh panggil ai jan ye..yang lain jangan sebok)

Hannah ni bukan nama sebenar. Tapi kami memang panggil dia hannah dan sesuai sangat dengan perwatakan dia. Selama setahun belajar bersama, dapat lihat hannah ni berubah jadi tersangatlah baik dan islamic daripada gila-gila pada awalnya. bagus betul perubahan dia. Istiqomah dan lebih santun dari saya yang memang sedari kecil belajar ilmu agama huwaaa...

Sungguh baik sampai sekarang still message dan call untuk tanya khabar dan bukan hanya sekadar di laman sosial sahaja.

Persamaan kami, yang begitu terkesan adalah, kami sama-sama gugur pada 7minggu di bulan ramadhan tahun yang sama. So kami paham and support each other.

Kagum dengan beliau. Mungkin nanti boleh letak nama hannah sempena nama dia kan?


Penunggu

Salah satu jobscope kami adalah menunggu. Kalau tunggu kes 3 jam tu biasa. tapi kalau orang yang kita kena mengadap tu terpaksa tunggu kita hatta 5minit pun, mereka dah berubah jadi hantu. mentang-mentang kuasa di tangan mereka. kami nak kata apa...kami ni penunggu jaaa...ranking penunggu ni bawah dari hantu kalau kome nak tau...

So, strategi saya untuk elak masa menunggu adalah dengan pergi mahkamah jam 10. kebiasaannya jam 9 mereka dah panggil kes lain jadi giliran saya akan jadi pendek sebab penunggu-penunggu lain kebiasaannya awal.

Tapi hari ini strategi tak menjadi. Tunggu punya tunggu punya tunggu sampai kena hadir balik lepas makan tengah hari. Rupanya sistem problem. Nak makan pun tak selera selagi kerja tak setel. Jadi pulang ke sangkar, siapkan apa patut dan kembali semula seawal jam 2. 

Masa jumpa puan, aduh nak marah pun tak jadi. sebab puan ni baik orangnya. Mungkin dia dah baca doa halau penunggu kot huhuhuh

Monday, 21 August 2017

Salahkan orang lain.

Selain hantu buku, saya juga seorang hantu game. Kalau main game tu, mata automatik segar, perut selalunya tak lapar. So, tips nak jimat masa belajar selain dapat kuruskan badan adalah dengan main game ye kawan-kawan. haha.

Dulu sebelum pindah, tak ada keja rumah sangat nak buat. jadinya selain mengulit buku, saya juga khatamkan mortal kombat...

Sejak pindah, semua benda kena buat sendiri jadi masa untuk baca buku pun terhad sebab asyik mengantuk je sebab badan penat lepas buat semua kerja.

Sejak dapat handphone baru yang besar gb nya, apatah lagi masa untuk buku itu dikurangkan sebab khusyuk hadap phone main game. bukan macam orang lain scroll fb or ig. Jadi misi kini untuk kembali setia dengan buku.

Alhamdulillah sambil menunggu kes memang dapatla habis beberapa chapter. Tapi semalam malam gagal sebab terbuka laptop dan main sims hahaha.

Ni semua gara-gara aqil nak mintak sample kes kehkeh...



Friday, 18 August 2017

Mixed Feeling

Semalam tiba-tiba rasa sedih. Rasa macam over sedih bila belek-belek instagram, semua keluar gambar baby. Dalam group sekolah semua mak-mak dok cerita pasal anak-anak masikng-masing lah, pertanyaan pasal sakit baby lah dan macam-macam. Jadi masa time lunch tu, daripada ai melayan sedih baik ai layan video emmanuella & pakcik dia si mark angel tu...tak pernah tak kelakar tau si emmanuella tu...sabar jelahhhh....

This week also tiba-tiba dapat semangat untuk meneruskan hobi-hobi yang tertunggak iaitu membaca, minum air detoks dan cuci bilik air harharhar...

So lepas dah habiskan kabul beauty school, saja baca semula travelog haji by dr kamil tu. Pernah baca dah dulu. re-read sebab nak ambil mood nak pergi umrah nanti (insyaAllah doakan kami) dan kebetulan memang musim haji kan sekarang...

aduhh...membuak2 rasa nak pergi umrah ni...tengah ABC pulak sekarang so harap habis cepat supaya boleh betulkan saf menuju Allah nanti.

Doakan yang baik2 aja. Saya percaya Allah dan rancang yang terbaik untuk saya ;)


Monday, 6 March 2017

Perasaan aneh-aneh

Pernah dengar perihal perempuan itu nafsunya 9 akalnya 1?


Tatkala mendengar hati geram sedikit berdendam
Namun ditahankan rasa memujuk iman di dada
Jika begitu kita digolongkan, alangkah cetek akal pemikiran
lupakah mereka siapa yang melahirkan?


Tahun demi tahun berlalu, masa yang berlalu menginjak usiaku
Bersama pengalaman dan liku-liku kehidupan
Diri sedari ada betul kenyataan dikeluarkan
Namun begitu adilkah kita tanpa pembelaan?


Aneh-aneh sungguh perasaan perempuan


Kain siap menjadi baju alangkah girang
Keletah si kecil bikin hati senang
Walaupun kekadang diburu bayang
Hati tenang tanda ramai yang sayang

Tatkala lelaki ramai dibalik palang,
Takkan dibiar si kecil kelaparan?

Sebagai ketua tanpa kumis
Segunung kederat digunakan tanpa mengemis
Kiri kanan memandang sinis
Kuatnya hati menahan tangis

Hai manusia jangan prejudis
Hati busuk lama-lama berkudis
Sudah-sudahlah menghakimi kami
Kami juga makhluk Ilahi
Mari bersama-sama kita contohi
Sifat Rasulullah yang kita cintai


First draft, 4.45 petang
Medan Istana


~Inspirasi daripada Perasaan aneh-aneh diri sendiri~