Any fool can make a history but it takes a genius to write it
-Oscar Wilde-

Thursday, 25 July 2019

Misi tidak Berjaya. Sila Cuba Lagi.

A bit down yesterday and today.

Sebab misi tidak berjaya dan patutla rasa sedih sebab esok genap 7 tahun kesayangan saya pergi huuuu

Monday, 24 June 2019

Our TTC Journey...

...starts last week on 20.6.2019!

Alhamdulillah after doctor check my rahim and everything semua okay Alhamdulillah.

Thank you Allah for everything. You are indeed the Best Planner.

Wish us luck and doakan yang baik-baik aja ya ;)


Monday, 10 June 2019

Demam

Tahun lepas seminggu nak raya saya jatuh katil, tangan terseliuh nasib tak patah.

Tahun ni seminggu nak raya demam teruk pulak sampai la ke raya. gigih jugak buat kuih raya nasib baik ada adik2 yang baik dan rajin tolong.

Hajat nak buat kek pisang dan kek oren je belum lagi huuu harap dapat buat jugak bulan ni...

Friday, 24 May 2019

Dhuha ;)

First time husband ajak solat dhuha starting today! wahhh 

Tuesday, 21 May 2019

Momentum larikkkkkkkk...

Ramadhan paling teruk untuk saya tahun ni, sehari je solat teraweh hari lain ke laut T_T huwaaa

apa nak jadi ni joned huuu...


Tuesday, 14 May 2019

First Terawih done!

Alhamdulillah semalam hari pertama saya buat teraweh..yay...

Alhamdulillah jugak badan tak penat walaupun balik rumah petang tu terus kelam kabut mop dapur, kemas rumah, gosok dan lipat baju.

Buka puasa makan kurma dan minum air je dulu lepas tu baru makan. 


Lepas makan mengaji sikit dan bersiap ke surau hee...


Balik teraweh rehat sejam sambil jamu mata lepastu baru start masak untuk sahur.

Alhamdulillah terima kasih Tuhan atas kekuatan ni! Moga hambaMu yang lemah ini istiqamah ;)

Monday, 13 May 2019

1st Day Puasa

Orang dah hari ke 8 ai baru hari pertama ;p

tapi hari pertama puasa ai dah tipu sunat adehh teruk betul T_T

Tuesday, 7 May 2019

6 May 2019: Anor date for me to Remember

I received a shocking phone call from last Maghrib after buka puasa time. My beloved's sister passed away on the first day of Ramadhan. Rasa ralat sangat sebab dah lama tak tanya khabar dia dan lama dah tak jumpa dia. Macam2 yang dia lalui dan simpan yang dia tak cerita, pasal sakit, pasal berpisah dengan suami.

Allahu...sedih betul. Aifarissa. She always address me as her twin since we are of the same age and i am kinda their angah when their angah passed away 7 years before.

Sahur time tadi kawan rapat dia masa kat office cerita to me how she always cerita about me to her. She showed her my umrah pictures and all. Dan memang terdetik semalam masa ziarah dia kat kubur semalam, if  Allah izinkan saya pergi semula menunaikan umrah, akan saya niatkan satu untuk dia!

May we meet again at Jannah my twin dearie, in sha Allah.

However sad i am, i am also a bit jealous of them who left this dunya during this Holy Month and before Dajjal comes.

Ya Allah, kuatkan iman kami, matikan kami dalam Iman dan Islam, matikan kami sebelum zaman Dajjal, dan bangkitkan kami bersama-sama dengan penghuni Baqi'.

Monday, 6 May 2019

Terima Kasih Tuhan!

Alhamdulillah dipertemukan kembali dengan Ramadhan. Terima Kasih Allah! Masih diberikan nafas walaupun diri ini hamba hina yang lemah dan seringkali alpa dengan duniawi.

Mohon agar diri ini berubah ke arah Mu Ya Allah!

Thursday, 2 May 2019

Kemuncup

Lama dah kain tak kena kemuncup. harini gara2 parking awam syariah court penuh, i disuruh oleh pak guard untuk park dekat padang sebelah. Bila kita menapal bawak files dan robe bagai, pak guard terus serba salah dia kata maaf saya tak perasan puan ni lawyer hahaha...

tula akibat kita pakai kereta kelisa je huhuhuhu...

padang tu penuh kemuncup...sepasai pulak nak kena buang huwaa...

Hari ini last puasa ganti untuk tahun lepas yay...tunggu nak bayar fidyah dengan ganti puasa dulu2 23 hari tu huuu 

Thursday, 25 April 2019

Praktis Pergi Bazar

Lama dah tak pergi pasar malam. Sebab semalam ganti puasa dan macam biasa malas masak, saja la pergi pasar malam yang dekat dengan rumah alang2 dah memang hari pasar malam kan.

Pasar malam baru jadi takdela banyak sangat pilihan but just nice la untuk variety yang ada.

Alhamdulillah pembelian dapat dikawal. Faktor usia mungkin. Kalau dulu pantang pergi pasar malam macam2 nak beli kan harhar...

p/s: rindu pasar malam UIA. Selalu beli nasi lemak kangkung, putu bamboo, keropok lekor, popcorn dengan seluar tidur RM5 ;p

Tuesday, 23 April 2019

Thursday, 18 April 2019

I want Justine!

Sambung kisah semalam tu kan...

makcik tu dia dah emel panjang lebar kisah dia bla3...ai pun reply dengan explain ke dia apa yang patut dia buat dan kenapa kami tak boleh tolong...

dia tak puas hati dia datang ofis dan bagi salinan repot polis dengan tulisan tangan tambahan nama saya dan segala butiran orang yang dituduh berserta ayat ni:-

' I want Justine!'

Tak paham aku ni makcik ni. Dah umur 60tahun pun minat justine bieber ke? X_X

Wednesday, 17 April 2019

44 tahun yang lalu...

Ada seorang makcik (bukan melayu) hantar emel maklumkan yang 44 tahun lalu dia kena rape!!!

Pengsannnnn...

p/s: esok la ai sambung cerita...nak continue pengsan

Tuesday, 16 April 2019

Masih Batuk

Almost a month balik dari Osaka, saya dan wandol masih batuk uhuk uhuk...

Masa sakit-sakit tu ai mula semula makan folic acid + multivitamins. Alhamdulillah rasa badan ok sikit dan poyo rasa lepas makan vitamin dah xde ulcer...

Allahu...Allah tegur, ulcer takde tapi ada macam ulser 3 ketul atas lidah. Allah nak tegur yang menyembuhkan itu Allah, bukan obat ye kawan-kawan (baca: diri sendiri)

Takpe, teguran dan ujian Allah bagi sebab Allah sayang. Moga diri jadi lebih baik. Dah nak masuk bulan ramadhan ni, muge lidah sehat hendaknya supaya dapat beribadah kepada Mu Ya Rabb Ameen...

Thursday, 4 April 2019

Banyak orang bermasalah

Pagi2 ada orang tu pergi kerja tak nak salam kita takpe...

lepas tu ada orang kerja provide service carian tapi merampus buat kerja...

aduh pening kepala. Depa ni nak apa sebenarnya?

Soalan serius...

Tuesday, 2 April 2019

Hari Kedua Bulan April

Masih selesema. Harap cepat sembuh sebab tinggal lagi 33 hari je ke bulan Ramadhan. Banyak lagi yang lama-lama tak ganti ni huwaaa

Monday, 4 March 2019

Theories

Harini masuk office macam biasa akan baca berita dulu. Dalam dok baca2 tu terjumpa 2 story teori pasal MH370 tu.

Secara ringkas:-

Teori 1

Cockpit terbakar, kapten cuba padamkan api, first officer kawal kapal cuba autopilot ke Kota Bharu, kapten badan terbakar teruk, first officer tak sedar diri dah, kapten suruh penumpang pakai mask, tapi bila tengok ke belakang ada yang dah tak sedar dan koma mungkin, then kapten rasa semua dah takde harapan so dia terus bawak ke lautan hindi in ghost mode.

Teori 2

Kapten nak lari dengan mistress, dia saja terbang rendah untuk buat semua penumpang koma, then dia ready parachute turun kapal bila nampak mistress dalam kapal atas laut seperti dirancang, dia terjun dan let the flight be. Alasan, kapten nak elope dengan mistress sebab susah nak tinggalkan isteri first sebab agama dia.

pfft...

Wednesday, 27 February 2019

Masih Gemok

Setelah hampir 2 bulan start slow jogging, ai masih lagi gemok kahkah...

TAPI jangan putus asa dearie. Sila kekalkan istiqomah itu sebab dapat rasa badan tambah segar tak lah lemah macam selalu...lengan pun dah terasa muat balik kat baju tu kihkih...chayokkkk

p/s: macam mana tak gemok, makan tak pantang pun kahkahkah

Monday, 25 February 2019

Pusing-pusing Pening

Ai memang ada penyakit pening kalau lalu jalan pusing-pusing. Masa kecik-kecik dulu kalau nak balik kampung mesti kena ready pakai minyak semua, pastu kena tidur. Kalau tak tidur kompem muntah hahaha...

Ingat dah besar okla kan. Tapi masih tak ok. Nasib bila bawak kereta tak pening.

So to make sure bila nak jalan or naik kapal, memang dah ready kena makan kenyang2 dan sapu minyak cap kapak.

Tapi semalam pergi genting memang pening teruk. dah makan dan sapu minyak dan tido pun pening lagi huwaa...naik cable car pulak adeh...

memang last la ai nak pergi genting.

Takde apa sangat pun atas tu. Cameron Highland lagi best! kbai hee

p/s: naik cable car Hakone tak pening pulak kehkeh mengada

Wednesday, 20 February 2019

No Garam

Semenjak En. Jarip kerap sakit kepala dan doktor suruh check BP hari2, jenuh ai pk nak bagi makan apa pakcik ni. Memang kalau masak kat rumah ai jarang guna garam tapi of cos ade letak sikit sos or kicap yang already ada sodium kat dalam kan...

memandangkan kami nak bercuti bulan 3 nanti, takde dah barang basah dalam peti. Jenuh juga kadang-kadang tu nak masak apa terpaksa la masak je telur atau meatball atau kentang atau daging hancur je yang ada dalam peti tu heh...

stok roti jadi wajib sekarang. Dan haritu dah beli pisang. Bab nasi pulak memang jenuh. Terpaksa cari ayam penyet seantero Ipoh untuk makan hahaha...dua kali jugak kami pergi Mydin Meru jauh nau tu sebab nak makan ayam penyet kihkih...

sebab malam tadi Jarip kata ikan bakar tak sedap langsung, tengah hari tadi pergi cari nasi ayam penyet kegilaan misi hospital kat area stadium. okla not bad. Tapi rindu ayam penyet yang makan masa study dulu huuuu...

p/s: semalam gagal jogging sebab tengok Perak lwn Ulsan blurghh...penat je tengok sebab kalah huuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Tuesday, 19 February 2019

Istiqamah

Alhamdulillah sekarang sis dah istiqamah semula cuci muka + pakai toner + moisturizer + sun block + peel of mask + mud mask cuma night cream je belum jumpa.

Sabtu lepas pergi Parkson lepas tu konon-konon nak pakai lipstick sebab pagi keluar rumah tu terlupa nak calit lipstick Mekah tu.

Sambil tengok-tengok cari Lip Matte, tetiba terjumpa yang cantik amat dan promoter tu pun rajin tolong bedakkan dulu bibir sebelum letak matte tu.

Jatuh cinta terus beli. Tapi bila pakai kat rumah bedak takde so effect matte tak nampak sangat. Harini teman hasben pergi Guardian terus ai sambar satu compact powder haha nak pilih jenuh sebab sis tak pandai. Last2 beli je silky girl BB all - in - one pilih tu sebab dia ada sakura haha...

ok tak sabar balik nak touch up bibir dengan matte tu kehkeh...ai beli yang kaler Rose beige bila try kat office macam ok jugak tak nampak macam pakai bedak.

So maksudnya esok ni kena start pakai bedak lah ya selepas pakain sun block tu?

haha bertambahlah masa ai untuk bersiap setiap hari kihkihkih...

p/s: lunch time dah kome. Moh tidur...

Thursday, 14 February 2019

Today's Advice

"...Spend some time alone..."

Macam mana nak buat ya? Hari ini naik satu kereta. Mungkin balik nanti kita boleh tidur awal dan tak payah basuh baju. Itu consider sebagai spend some time alone tak?

Good advice during Valentine's Day by the way haha

Wednesday, 13 February 2019

Titik

Patut malam semalam rasa penat sangat. Bulan ini awal 4 hari. hemmm...

Tuesday, 12 February 2019

3 Rasa

Hari ini diri ini merasa 3 macam.

Pagi tadi rasa bersalah sangat kalau tak solat Subuh. Sebabnya terlambat bangun TAPI jangan sesekali tak solat walaupun lambat tau korang. Ingat PESAN ini!

Dalam perjalanan ke office tadi dari JPN Meru rasa gementar gila bila kena stop dekat kawasan bukit sebab lampu merah. Risau mengundur macam ituhari kat Court. Kebetulan ada ambulan nak lalu kita pun jalan terus nasib tak dilanggar oleh kereta lain yang laju nak jalan huuu. Trauma dua perkara huwaaa...

Masuk office rasa marah bila staff ambil pesan dari Client tak lengkap. Bila ditanya esok tu dia kata nak jumpa pukul berapa? Entah Cik Jannah call la sendiri client tu balik. Senang je kerja hang ye. Ambil pesan pun adoi takkan itu pun nak ajar... grrr@#%&*

ok #donebebel

p/s: lepas nervous shock hampir kena langgar tadi tu tangan masih menggigil masa bungkus lunch tadi huuu

Monday, 11 February 2019

Sibuk

Jumaat lepas sibuk benar sampai terlupa nak update blog kihkih...hari ini tenang sikit. Settle separuh kes di Mahkamah Syariah pagi tadi. Ingat harini nak lepak buat kerja tapi tiba-tiba bos suruh prepare permohonan faraid satu klien ni pulak huhuhu...

Sebelum mula kerja kena ambil mood dulu kan so belek blog kejap tengok post tahun 2016 ada ai janji nak cerita pasal Tokyo tapi takde pun haha sampai tahun ni pulak nak ke Osaka kihkih...nantila kita cuba cerita di posting lain naa..

daa..adios

p/s: rindu jogging. Petang ni jom?

Thursday, 7 February 2019

Post CNY Holiday

CNY tahun ni tak dapat nak acah-acah celebrate ataupun berehat booo...sebab apa? Rahsia ;p

Hari ini seperti biasa masuk office badan lemau kihkuh tapi berjaya habiskan satu episod Gilmore Girls pagi tadi sambil breakfast weee...

Belek posting tahun 2015 best sebab ada posting pasal Bali. Oh rindu nak makan kat Malioboro, Wong Solo, Nasi Padang Restoran Sederhana & Jimbaran ;)

Ya, saya suka makan. Bila gemuk bising tapi makan suka. Itulah kaun wanita ya. Okay Petang ni kita jogging eh kurkurkur

p/s: cepatla pukul 1 nak makan ni 

Monday, 4 February 2019

Haram

Sempena AJL semalam memang akan trending la 'Haram' dan Baby Pian...

Esok pulak Tahun Baru Cina Tahun Oink2 so memang ngam ;p

Post tahun 2014 tak de apa. Boringggggggg...

p/s: last jogging haritu hari sabtu. Harini kerja. Rabu adik ipar nak tunang. Esok kena buat agar2 kbai

Friday, 1 February 2019

Misi Tidak Berjaya!

Hari pertama Februari dan saya tidak berjaya dapat Grab dengan harga yang murah...gila sekali ganda naik harga. Due to high demand katanya. Sebab hari jumaat ke pun? Sabar jelah...
Semalam pun tak sempat habiskan buku tuuuu...tadi sikit je lagi nak habiskan tapi bos kacau suruh masukkan cek kat bank huu...

It's okay dearie. Esok cuti jadi ayuh habiskan kerja cepat untuk jump into cuti mode ngee...

Btw, posting tahun 2013?

Banyak kisah pasal kesayangan gua. Still miss him so much tho ;) I almost forgot the 'One in a Million' song by Miley. Gonna download and put in my jogging list. 

p/s: Esok kena tampal Notis yang tak berjaya serah itu hari hukhuk

Thursday, 31 January 2019

Last Day of January This Year

Sedar tak sedar, esok dah masuk bulan februari kome...Produktif tak bulan ini untuk anda? Saya hanya ada beberapa jam lagi untuk habiskan buku yang sedang dibaca ni kalau tak bulan ni berjaya baca 4 buku je ;( ayuh jenna you can do it!

Belek posting tahun 2012 ada satu post je. Tahun tu memang sibuk sangat. Saya call to the bar tahun tu, last celebrate birthday saya dengan yang tersayang pun tahun tu sebelum dia pergi buat selamanya.

Patut sebelum2 tu dia beria je turun ipoh celebrate, raya sebelum tu datang puji2 kek kita buat padahal kita memang tak reti langsung masak time tu hahaha...

Macam cerita novel dan kalau buat drama pukul 10 ni kompem nangis kome kihkih...

Moments to be remembered forever ;)

Ohye, semalam berjaya jogging yay. harini macam tak sempat sebab naik satu kereta but that's okay will do on Friday til sunday okay bebeh?

p/s: slow jogging je diet tak so jangan tanya kenapa tak kurus-kurus kihkihkih ;p




Wednesday, 30 January 2019

Lemau

2 hari dah tak jogging badan rasa lemau gila. Looking forward to jog again today. Semalam scroll posting tahun 2010. Nothing much. Hari ini belek posting tahun 2011 and look what i found hahaha...

Another silly questions. Let's do 'em to lift up my mood today shall we?

starting time : 3.01pm
name : Heaven
shoe size : 4
height : 154
where do you live : Botani
have you ever been on a plane : Yes.
swam in the ocean : Can't swim sorry
fallen asleep @ school : Routine
broken someone's heart : Not sure
fell off your chair : Last year i fell of my bed, sprained my arm
waiting for someone to call : No
saved emails : No
what is your room like : Not yet my dream room
what's right beside you : Workloads
what is the last thing you ate : Rice
ever had...chicken pox : Yes
sore throat : Yes
stitches : Not yet
broken nose : Please no
do you believe in love at first sight : Yes
like picnics : Yes
the last person you danced with : Never had the chance to dance
last made you smile : Jess Mariano haha
you last yelled at : Aisyah
today did you...talk to someone you like : No
kissed anyone : No
get sick : YES 
talk to an ex : Nope
miss someone : Always
who do you really hate : Backstabbers
do you like your handwriting : Sometimes when its neat
are you toe nails painted : Not now
whose bed other than yours would you rather sleep in : Hotel beds
what color shirt are you wearing now : Purple Baju Kurung
are you a friendly person : Picky to be friendly
do you have any pets : No 
do you sleep with the tv on : Sometimes
what are you doing right now : Searching for moods to continue doing works
can you handle the truth : Yes it hurts
are you closer to your mother or father : Mommy
do you eat healthy :Yes & No
do you still have pictures of you & your ex : No
if you're having a bad day, who are you most likely to go to : Saadah ;)
are you loud or quiet most of the time : Quiet me think so
are you confident : Depends
5 of my bad habit : Secrets ;p

okay now i'm off to do works. Ciao!

Tuesday, 29 January 2019

Semalam Happy

Tak tahu kenapa semalam happy sangat. Nak balik kerja semalam tiba-tiba bos bagi sagu hati yay hihihi...alhamdulillah dah niat dapat bonus nak bagi ibu sikit. Tengok baki banyak lagi hemm bolehla beli kerusi idaman hati yang kat ikea tu kihkihkih...atau simpan untuk beli barang kat USJ nanti eh?

p/s: Orang tua2 kata kalau happy sangat mesti lepas ni sedih. Ha betul. harini sedih huuu...




Monday, 28 January 2019

2009 Penuh Dengan Kuiz Merapu #5

1. Bekas kekasih saya adalah :
~~> Pokya ;p

2. Saya sedang mendengar :
~~> Bunyi Air-cond dalam bilik saya

3. Mungkin saya patut:
~~> siapkan kerja-kerja saya haha

4. Saya suka :
~~> baca bukuuuu

5.Sahabat-sahabat baik saya :
~~> adalah Syima, Saadah & Kak Nadia ;)

6.Saya tak paham :
~~> kenapa anakguam selalu tak paham apa yang mereka patut paham

7.Saya kehilangan:
~~> kekasih terbaik saya ;)

8.Ramai yang berkata :
~~> bila nak ada anak?

9.Makna nama saya :
~~> Cahaya Syurga

10.Cinta itu adalah :
~~> Anugerah

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
~~> cuba untuk hidup.

12.Saya akan cuba :
~~> istiqamah

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
~~> Sampai Syurga!

14.Telefon bimbit saya :
~~> Iphone SE

15.Bila saya terjaga dari tidur :
~~> saya selalu malas nak bangun haha

16.Saya paling meluat apabila :
~~> orang bermuka-muka dan tidak jujur

17.Pesta/Parti adalah :
~~> paling best jika ianya adalah pesta buku hehehe ;p

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
~~> Alpaca!

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
~~> zaman sekolah rendah semasa sering pinjam buku di perpustakaan.

20.Hari ini :
~~> saya berjaya settle kan separuh kes klien cerewet.

21.Malam ini saya akan :
~~> shopping barang Dapur di Aeon Big

22.Esok pula saya akan :
~~> Kerja huuu

23.Saya betul-betul inginkan :
~~> semua buku yang ada di seantero dunia

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
~~> aku senyum sebab aku kiut

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
~~> both please

26.Makanan Barat atau Jepun :
~~> Dua-dua

27.Bilik yang terang atau gelap :
~~> terang, utk membaca, gelap utk tidur

28.Makanan segera adalah :
~~> tidak bagus untuk kesihatan namun masih tetap dimakan tanpa segan

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
~~> Kejap lagi saya call semula..to my boss haha

Friday, 25 January 2019

2009 Penuh Dengan Kuiz Merapu #4

Be honest no matter what.

1. Who was your last text from?
~Celcom. Now people connect via Whatsapp no more texting ;p

2. Where was your default picture taken?
~ Hom.

3. Your relationship status?
~ Married.

4. Have you ever lost a close friend?
~ Yes. 

5. What is your current mood?
~ Sleepy

6. How many sibling(s) do u have?
~ 3.

7. What are your brother(s)/sister(s) name?
~ Wynn, Noje, Ecah.

8. Where do you wish you were right now?
~ Heaven.

9. Have a crazy side?
~ of Course.

10. Ever had a near death experience?
~ Yes.

11. Something you do a lot?
~ Reading.

12. Angry at anyone?
~ Yes.

13. What's stopping you from going after the person you like?
~ He's not here anymore.

14. When was the last time you cried?
~ Can't remember.

15. Is there anyone you would do anything for?
~ Yes.

16. What do you think about when you are falling asleep?
~ Nothing.

17. Who was the last person u talked to on the phone?
~ AmanahRaya officer.

18. What is your favourite song?
~ I don't want to Miss a thing.

19. What are you doing right now?
~ Updating my blog.

20. Who do you trust right now?
~ Myself.

21. Where did you get the shirt you are wearing?
~ I am wearing baju kurung now, sorry.

22. Have you kissed someone in the past week?
~ My Husband.

23. Who is your friend that lives closest to you?
~ No one.

24. Describe yourself in one word.
~ Bomb.

25. Who are you thinking of right now?
~ Him.

26. What should you be doing right now?
~ Office Works.

27. What are you listening to right now?
~ My Aircond Sounds.

28. Who was the last person you gave a hug?
~ sMy Husband.

29. Who was the last person who yelled at you?
~ Lately no.

30. Do you act differently around the person you like?
~ Not sure haha

31. What is you natural hair colour?
~ Black.

32. Who was the last person to make you laugh?
~ Gilmore Girls

33. Who was the last person to make you sad?
~ Still thinking.

34. What do you hear?
~ Aliah's song from Perak FM.

35. Is your hair curly or straight?
~ Half-half.

36. Has anyone ever called you 'scrumptious' before?
~ Nope.

37. Do you have a best friend?
~ Yes yes yes.

38. Held hands with the opposite sex in the past 3 days?
~ Yes.

39. Do you use smiley faces on the computer?
~ Always ^_^v

40. Have you ever changed clothes in the vehicle?
~ Once for Walkathon with Prya Darling.

41. Are you happy with life right now?
~ Yes.

42. Are you currently jealous?
~ A lil bit.

43. What jewelery are you currently wearing?
~ Necklace.

44. What are you doing on Friday night?
~ Watching Netflix.

*45. Have you ever had a heart surgery?
~ No.

*46. Do you know anyone who has had a heart surgery?
~ Yes.

47. Is there anybody you're really disappointed in right now?
~ YES..of cos..lelaki itu lagi la…

48. What was the last reason you went to the doctor for?
~ Spleen my arm.

49. How late did you stay up last night and why?
~ Midnight doing my reading before bed time.

*50. Have u ever spank your boyfriend/girlfriend?
~ No.


Thursday, 24 January 2019

2009 Penuh Dengan Kuiz Merapu #3

You are supposed to write a note with 100 Truths about you.

WHAT WAS YOUR:
1. Last beverage: Iced Coffee
2. Last phone call: My Husband
3. Last text message: Probate Client
4. Last song you listened to: Reputation 
5. Last time you cried: Can't remember.

HAVE YOU EVER:
6. Dated someone twice: Yes.
7. Been cheated on: Yes.
8. Kissed someone & regretted it: Not yet.
9. Lost someone special: Indeed.
10. Been depressed: Yes.
11. Been drunk and threw up: Never.

LIST THREE FAVORITE COLORS:
12. Pastel Green
13. Pastel Pink
14. Blue

THIS YEAR HAVE YOU: (2019)
15. Made a new friend: No.
16. Fallen out of love : Not yet.
17. Laughed until you cried: Yes.
18. Met someone who changed you: Yes.
19. Found out who your true friends were: Yes.
20. Found out someone was talking about you: Yes.
21. Kissed anyone on your friend's list: My Husband of course.
22. How many people on your friends list do you know in real life: Most of them.
23. How many kids do you want?: Twins
24. Do you have any pets: No.
25. Do you want to change your name: No.
26. What did you do for your last birthday: At Lone Pine ;)
27. What time did you wake up today: 7.30am haha
28. What were you doing at midnight: Trying to sleep.
29. Name something/someone you CANNOT wait for: Gary Ma.
30. Last time you saw your Mother: Last Week.
31. What is one thing you wish you could change about your life: I wish I can read all day.
32. What are you listening to right now : Sounds from my aircond.
33. Have you ever talked to a person named Tom: Not yet.
34. What's getting on your nerves right now: Tons of undone works.
35. Most visited webpage: E-Filing System.
36. Whats your real name: Heaven
37. Nicknames: Heaven
38. Relationship Status: Married
39. Zodiac sign: Pieces
40. Male or female?: Female.
41. Primary school: SERI Al-Ummah
42. Secondary school: SERATA
43. High school/college/university? : AIKOL IIUM
44. Hair color: Black.
45. Long or short: long
46. Height: 154cm
47. Do you have a crush on someone? : Always.
48: What do you like about yourself?: Everything.
49. Piercings: Not Anymore
51. Righty or lefty: Righty.

FIRSTS :
52. First surgery: Ear surgery.
53. First piercing: When i was 5 years old.
54. First best friend: Amirah Azmi
55. First sport you joined: Netball
56. First vacation: Thailand
58. First pair of trainers: Can't remember.

RIGHT NOW
59. Eating: JJust had Jam Sandwich.
60. Drinking: Iced Coffee
61. I'm about to: Watch Netflix harharhar
62. Listening to: Perak FM
63. Waiting : to sleep again.

YOUR FUTURE
64. What kids?: Twins
65. Get Married?: Done. No more please.
66. Career?: Want to open a shop named Heaven's 'Advocakes & Solicitea'

WHICH IS BETTER :
67. Lips or eyes: Eyes
68. Hugs or kisses: Hugs
69. Shorter or taller: Taller
70. Older or Younger: Younger
71. Romantic or spontaneous: Spontaneous
72. Nice stomach or nice arms: Nice stomach
73. Sensitive or loud: Loud
74. Hook-up or relationship: Relationship.
75. Trouble maker or hesitant: Trouble maker 

HAVE YOU EVER :
76. Kissed a stranger: No
77. Drank hard liquor: No
78. Lost glasses/contacts: No
79. Sex on first date: No.
80. Broken someone's heart: Maybe
82. Been arrested: No.
83. Turned someone down: Yes
84. Cried when someone died: ;)
85. Fallen for a friend?: Yes. My Husband.

DO YOU BELIEVE IN:
86. Yourself: Sometimes
87. Miracles: Yes
88. Love at first sight: Yes
89. Heaven: Yes
90. Santa Claus: No.
91. Kiss on the first date: No.
92. Angels: Yes

ANSWER TRUTHFULLY:
94. Had more than 1 girlfriend/boyfriend at a time: No.
95. Did you sing today?: No.
96. Ever being cheated by somebody?: Yes
97. If you could go back in time, how far would you go?: Time with him please.
98. If you could pick a day from last year and relive it, what would it be?: My birthday last year.
99. Are you afraid of falling in love?: No.
100. Posting this as 100 truths?: Yes.


p/s: Semalam berjaya jogging yeah. Harini macam tak sempat sebab kena pick-up my sis grrrrr...

Wednesday, 23 January 2019

2009 Penuh Dengan Kuiz Merapu #2

1. What is the most important thing in your life?
My Books

2. What is the last thing that you bought with your own money?
Lecithin

3. Where do you wish to get married?
Married already. Did not wish to re-marry.

4. How old do you think you will be permanently owned by your love?
Until he can't stand me anymore haha

5. Are you in love?
Yes.

6. Where was the last restaurant you had dinner?
Hot Kambing

7. Name the latest book that you bought?
Talking As Fast As I Can

8. What is your full name?
Rahsia

9. Do you prefer your mother or father?
Always my Mother.

10. Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.
Gary Ma.

11. Christina or Britney?
Christina

12. Do you do your own laundry?
Yes

13. The most exciting place you want to go?
Madinah & Makkah

14. Hugs or kisses?
Hugs Please

15. 3 things I am passionate about
- Books
- Criminal Law
- Baking

16. 3 things I say too often
- Sorry
- Thank you
- Aigooo

17. Book I’ve read recently
The Wedding Night

18. 8 songs I could listen to over and over again
-You Are Everything For Me
-Semua Sudah
-Terbang
-When You Got A Good Thing
-Heaven
-I don't Want to Miss A thing
-Pejam
-Dalam Kenangan

19. 3 things I learned last year
-Stay Positive
-Be Fake
-Put yourself first


Tuesday, 22 January 2019

2009 Penuh Dengan Kuiz Merapu #1

--THREE NAMES THAT FRIENDS CALL YOU:
1. Jannah
2. Jan
3. Janet
.
--THREE MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:
1. Everyone's Birth Dates
2. Wedding Anniversary Date
3. My Call to the Bar date


-THREE THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 33 MINUTES:
1. Watching Netflix
2. Eating Lunch
3. Drink Lotsa Water

--THREE WAYS TO BE HAPPY:
1. Read More Books
2. Follow & Liked Instagram Posts about Books, Library, Book Nook
3. Watch Selma's & Ali Videos

--THREE OF YOUR FAVORITE SONGS AS OF NOW:
1. Semua Sudah
2. Terbang
3. You're Everything For Me

--THREE PERSONS(group)YOU MISS FROM YOUR PAST:
1. My Babang
2. My Family
3. My Babies
.
--THREE GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:
1. Books
2. Food
3. House (harharhar)

--THREE OF YOUR FAVORITE HOBBIES:
1. Reading
2. Playing Games
3. Watching Netflix
.
--THREE PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION:
1. Makkah & Madinah
2. Japan
3. Turkey

--THREE FAVORITE CARTOON/ANIME:
1. Sailormoon
2. Cardcaptor Sakura
3. Shin Chan
.
--THREE MALLS YOU USUALLY GO TO:
1. Aeon
2. Ipoh Parade
3. KLCC
.
--THREE FAVORITE DRINKS:
1. Coffee
2. Tea
3. Milk
.
--THREE THINGS FOUND IN YOUR BAG:
1. Book
2. Purse
3. Shopping Bag
.
--THREE FAVORITE COLORS:
1. Pastel Green
2. Pastel Pink
3. Blue
.
--TOP THREE FOODS U LOVE SO MUCH:
1. Laksa 
2. Laksa Mee
3. Spaghetti
.
--TOP THREE "THINGS" SPECIAL TO YOU:
1. Books
2. Wands
3. Funko Pop

.
--TOP THREE ATTITUDES YOU LIKE:
1. Honest
2. Understanding
3. Good Listener
.
--THREE THINGS YOU’LL BE DOING TOMORROW:
1. Meeting
2. Reading books
3. Slow Jogging
.
-- REASONS YOU ANSWER THIS SURVEY:
1. Reminiscing my old blog
2. Killing Time
3. To update myself
.
--TOP THREE WHY YOU ARE BUSY AT THIS TIME:
1. I am a working woman now
2. I have E-Filing to do
3. I got meeting at 4pm today


Esok kita sambung kuiz lain pula ya...da...


p/s: It's been days since i last slow-jogging. Looking forward for today's jogging. Badan dan lemau dah ni ;(

Friday, 18 January 2019

Gaya Penulisan Makin Improve!

Belek entri tahun 2008 dah macam wow dengan diri sendiri. Penyusuan & penggunaan ayat makin bagus. Saya syak saya bertukar begini setelah membaca Karya Nan Indah dari Faisal Tehrani kihkih...

Saya copy semula entry original saya yang saya masih amaze dengan diri sendiri hehehehehehehehe...


Makhluk Tuhan Paling Sabar!


Suatu hari dalam kelas Undang-Undang Keluarga

Pensyarah bertanya kepada pelajar2nya…

Pensyarah: Setuju tak dengan saya jika saya katakan bahawa kaum lelaki lebih penyabar daripada kaum perempuan? (sambil memandang ke kedua2 arah kumpulan pelajar iaitu lelaki dan perempuan)

Pelajar2 Perempuan: Tak setuju. Mana adil puan cakap macam tu…

Pensyarah: Betul. Memang betul pun. Kalian kena terima hakikat lah kan…betul tak pelajar lelaki?

Pelajar2 lelaki: betul tu puan…tepat sekali (dengan bangga sambil bertepuk dengan kuat)

Pensyarah dengan tersenyum menjawab,

“ Betul…memang betul lelaki lah yang paling sabar. Yelah…anak dok menangis melalak2 tengah malam die boleh tak buat apa2. Bersabar je. Boleh je sambung tidur dengan nyenyak…perempuan jugakla yang tak sabar. Yang bangun dan pergi kat anak tu buat apa2 yg patut…”

Hah…selepas mendengar hujah mantap yang sedemikian…saya pun ikut setujulah ^_^ lelaki merupakan makhluk Tuhan yang paling sabar!



p/s: Semalam hampir dikejar anjing. Alhamdullillah Allah masih izin sihat hari ini ;)