Any fool can make a history but it takes a genius to write it
-Oscar Wilde-

Friday, 26 February 2021

Sebelum Masuk Bulan Saya

Yay baru lepas beli hadiah untuk diri sendiri lagi wiwiwi.

Tapi sedih sikit tak dapat beli makanan yang teringin untuk last day sebelum bulan depan ni wuwuwuw 

So bulan depan boleh beli 3 hadiah untuk diri sendiri. Sila take note yee heeee

Thursday, 25 February 2021

Wednesday, 24 February 2021

Terpaling Lambat

Entahla kenapa. Lepas tu alang-alang lambat kita teman husband shopping seluar jeans sat hehe

Tuesday, 23 February 2021

Caffein Level Low

Memang semalam dah nak beli kopi harini tapi tiba2 perut lapar dan teringin telur goyang dan lepas tu memang nak pergi pos laju huuu so maknanya petang ni kena singgah beli kopi ke cane? haha kbai.

Monday, 22 February 2021

Minggu Akhir

Udah nak habis bulan februari komer. Maksudnya minggu ni atau jumaat ni dengan lebih tepat ai boleh beli hadiah untuk diri sendiri lagi wihuuu

So nak beli tajuk apa pulak ya ;p


Thursday, 18 February 2021

Esok

Moga baik2 aja hari esok untuk saya.

Yang penting kes tu. AGM tu takpe.

Tuesday, 16 February 2021

After Coffee

Dulu saya minum kopi sebab suka2.

Kan kopi sedap rasanya.

Tapi, lepas ada Fahri ni, bila bangun pagi lemau sebab malam tak cukup tidur, jus buah-buahan tak cukuo nak tampung kecargasan diri ini.

Mesti kena kopi dulu baru segar!

So, kena tambah misi selain library, personal spot for reading, nak buat coffee corner kat rumah untuk boost semangat diri. Chayok!

Monday, 15 February 2021

Thursday, 11 February 2021

Tenang

Hari ini, walaupun kena drive sendiri, tapi rasa tenang.

Tenang lepas dapat kopi haha

Tapi yelah malam semalam Fahri bangun kejap-kejap je ai manage to sleep well alhamdulillah. Dah dua hari begini hopefully berterusan.

Thank you Allah.

p/s: Baru nak tenang-tenang harini kena pergi court pulak petang ni adehhlaa

p/p/s: Nak lunch mana eh jap g lepas p court tu? tehehe

Wednesday, 10 February 2021

Dine-in

Dapat kebenaran untuk makan semula di kedai, kami raikan dengan makan nasi kandar dengan kedai Ramli hehe.

Tapi saya ok je tak makan kat kedai sebab saya dah biasa bawak bekal.

Pergi court pun angkut bekal.

Kawan ajak lepak oldtaun pun kita rilek makan bekal hehe

#bekalforever #hidupbekal

Tuesday, 9 February 2021

Overslept!

Mimpi apa ntah malam tadi sampai terbangjn betul2 lambat harini huhuhu

Motmot pun malam tadi macam2 hal. 

Muga hari ini di abik baik aja dengan opah and maksu  

Friday, 5 February 2021

Pantang

Ada dua benda yang saya masih betul-betul pantang.

1. Laksa
2. Pulut

Tapi laksa tu bila teringin, makan la jugak kuah dia dengan bihun ataupun nasi haha

Yang pulut tu memang bersabarrrrr je ni. Terpaling teringin nak makan nanti bila dah habis pantang is pulut panggang dan kueh lopeh uhhh asyikkk...

Tiba lalu lalang kat timeline tadi D'Laksa nak bukak kat kinta city dengan falim wiwiwiw okay lepas habis pantang boleh makan situ hoooo

Thursday, 4 February 2021

Pantas

Rindu nak shopping macam dulu. Slow and steady.

Sekarang ni zap zap zap. Tak sempat nak properly pk pun huuuu

hopefully to be normal again soooon.


Wednesday, 3 February 2021

Hint

Tadi boss cerita bestfriend dia cerita yang staff bestfriend dia tanya tahun ni takde increment ke?

Kawan Boss: Awak rasa?

Staff Kawan Boss: Firm kita terjejas ke? Tak terjejas kan?

Kawan Boss: Hari ini LO ada masuk? Semalam? Minggu Lepas? 3 Minggu lepas? Jadi kita ni kira terjejas ke tidak? 

Staff kawan Boss terus senyap.

Ai pun cakap, ada ke dia boleh kata gitu.

Boss cakap, ha tulah. Deme ni tak syukur ke kira gaji jalan macam biasa tau. Depa tak pk majikan ni dok pikir nak korek duit kat mana bla3...

Panjang lagi ceritanya.

Itu kira hint ke apa boss haha...tapi ai paham. Memang paham.

Thanks boss jugak tak kesah ai masuk ofis lambat balik on time bahahaha ;p

Tuesday, 2 February 2021

Orang Tengah

Done jadi orang tengah hari ini. Muga jadi asbab untuk menambah motivasi diri untuk memberi pada ummah.

Kita kena jadi muslim yang ummatik!

Allahuu...

Inspired betul dengan Ahmad Ammar ni. Bila baca kisah dia ni rasa lagha betul hidup saya selama ini huhuhuhuhu

Kalau boleh putar masa, nak balik masa sekolah rendah balik. Nak rajin baca buku lebih lagi, nak join kebajikan lebih dan lebih lagi.

Semuga dapat didik Fahri menjadi lebih ummatik dari Mommy dia. O Allah help me guide him!

Monday, 1 February 2021

Hello February!

Tiba-tiba dah Februari. My Fahri dah nak masuk 9 bulan. Bulan ni baru nak bagi dia mula makan ikan. Dah kena macam2 dengan opah dan papa dia, bertabahlah mommy ye.

Fahri sila beri kerjasama. Muga mahu makan yee...

p/s: Alhamdulillah tadi dah mula menabung semula ke dalam tabung haji. Sila berterusan ye mek. Dan sila masukkan dalam list nak pergi buat akaun tabung haji fahri. You can do it babe!