Any fool can make a history but it takes a genius to write it
-Oscar Wilde-

Friday, 30 October 2020

Gaji Tertinggal

Harini follow up jahitan my Fahri kat hospital. Biasanya kalau hari pergi Hospital mesti ai malas masuk office dah tapi sebab elok je duit gaji ai tinggalkan kat bawah meja ni, atas lantai je pun bukan dalam laci so ai gigihkan la jugak masuk office walaupun dah suku hari di hari jumaat kihkih...


p/s: kerja banyak gila tapi tade motibasi nak buat ni cano aduiiii

Wednesday, 28 October 2020

Happiness is...

...when your baby smile at your early in the Morning and sleep after that, giving mommy time to be ready for work ;)

Today's matter?

Walaupun tak dapat order in terms but I manage to stand straight and answer every single questions by Yang Arif hehehe...

Bak kata my learned friends,

Kalau depan Yang Arif ni tak kelahi tak sah! kah!

p/s: Kes pertama kena panggil tapi 9.40am baru start. penat je awal2 siap tinggalkan my Fahri pagi2. Tapi kalau datang lambat kang time tula depa nak kata kita ni asyik lambat grrr....

Tuesday, 27 October 2020

Stay Positive!

You, yes you!

Jangan fikir sangat pasal tuuu...

Please continue to,

eat

eat

eat

minum banyak-banyakkkk...

stay healthy!

Sikit lagi!!! you can do it!


kindly, me ;)

Monday, 26 October 2020

Hakim Baru

Masuk-masuk office je harini staff bagi tau Court call suruh masukkan submission untuk kes perintah pembahagian. Aigoo..kes mudah je pun nak submission bagai Yang Arif ni grrrr....

Sekian isnin.

Friday, 23 October 2020

Cantiknya Jahitan!

Pagi tadi pergi jumpa doktor jahat nak bukak tempat jahit my Fahri. Oh my tengok ada nanah sikit. Doktor kata bila ada nanah tu bagus sebab my Fahri ada reaksi bagus terhadap antiobiotik yang diberi. So Alhamdulillah...

Tapi tengok jahitan doktor masha Allah sabo jele...

Doktor lelaki pulak kan, doktor dah tua pulak tuu...jahit memang fail la kot haha

patutla kak my friend yang husband dia doktor cerita dulu laki dia selalu beli daging untuk praktis menjahit kat daging tuuu...


p/s: lepas tengok jahitan doktor jahat tadi baru paham maksud nurse2 bila diorang tengok dr. asyikin jahit, cantiknya jahitannnn kata depa la. kita mana tau tak boleh nak tengok huuu

Thursday, 22 October 2020

Swab Test

hari ini kecoh dalam group pasal lawyer taiping yang positif...

Allahu semua risau nak pergi Mahkamah dah ni. Takut ada kluster peguam pulok huhuhu

Another PKP?

Syok jugak dapat spend full time with my baby tapi not for hubby sebab kalau pkp macam mana nak niaga demi sesuap grab food dan moratorium pun dah habis huuu...

begitulah dilema kita2 yang bukan bangsawan mahupun kayangan.


p/s: kalo korang perasan yang lelaki kalo buat swab test kompem muka tu ya ampun macam sakit sangat. Seriusly ai kena dulu takdela sakit pun. geli2 sikit ja. over kan lelaki ;p

Wednesday, 21 October 2020

Growth Spurt

Pertama kali dengar pasal ni ingat berlaku bila bayi tu asyik nak menyusu saje. Rupanya tidak. Ada macam-macam perkara yang dilakukan oleh bayi selain kuat minum susu iaitu tak mahu tidur, asyik nak merap, tahan mata dan lain-lain.

Nasib baik ai dah tanya my bff. Dia yang bagitahu macam tu so lega sikit la kan. Perubahan-perubahan tu maksudnya budak tu nak membesar, tengok lepas dia dah ok balik mesti dia pandai something...emmm

Banyak kali berlaku sebelum umur satu tahun so bertabahlah mommy! you can do it!


p/s: tapi asyik dengar orang cerita anak depa tidur elok je pagi baru bangun. My Fahri je yang suka kejut mommy dia bangun selalu hooo

Tuesday, 20 October 2020

Resepi Sup RI

 Sambil duty pam harini ai tertengok Rizalman masak sup ayam pulak aduhh sedapnyaa...

So, nak bagi ingat kita tulis sini.

- Tumis bawang merah, masuk halia, star anise dengan kulit kayu manis. tumis garing2 sikit bawang tu

- Baru masuk ayam. api kena slow, biar ayam tu keluarkan air dia

- Letak air ikut banyak mana suka. 

- lepas tu masukkan bawang besar, sup bunjut, tutup periuk dan reneh api kecik sampai menggelegak

- kacau2 kan pastu masuk air lemon 2 biji, rasa la kasi sedap

- lepastu masukkan bawang merah yg digoreng asing (tumis darat) tuang atas sup tu, masukkkan jugak daun sup daun bawang

- then tabur lagi bawang goreng dengan daun sup daun bawang siap!

 Okay nanti balik rumah nak buat! 


p/s: tapi kena beli barang aigoo


kbai!

Monday, 19 October 2020

5 A Day Juice

Pagi ni berjaya buat jus sebijik rasa macam air boost favorite ai tu teehee...

Dapat pulak breakfast lontong full set tadi aumm sedapnyaa...

Permulaan yang baik untuk isnin yang baik.

Ayuh kerja!


p/s: masa kerja saya memang lambat bukan awal macam semorang woha! ;p

Monday, 12 October 2020

Mohon Doa yang Terbaik

Just received a sudden video call from my big sis.

Hopefully we all negative ameen ya Rabb!

#alliswell

Thursday, 8 October 2020

Ringgit Malaysia One Thousand Five Hundred

I manage to set the lowest fine today at Traffic Court! 

Hoyeah!!

Semua yang tahu semua terkejut knowing that magistrate is very the strict.

Jadi semua happy sebab bila kes pertama denda tu kurang, sampai ke akhir denda kes-kes lain takkan naik tersangat tinggi hehe...

Self pat at the back. A really good start after almost 1 year tak buat criminal cases.

So, ada sesiapa nak lantik saya mewakili anda dalam kes-kes jenayah anda? haha

So nak charge legal fees berapa ya ni? ;p

kbai.

Wednesday, 7 October 2020

Rindu untuk tidur

Selain membaca, saya juga suka tidur dan kopi. 

Walaupun suka minum kopi, saya masih boleh tidur.

Zaman belajar dahulu, orang lain study atau tengok movie,

saya sudah di alam mimpi,

Sejak jam 10 lagi haha...


Awal pagi tadi, my baby buat hal lagi.

Semalam nampak comel bila dia tidur awal jam 8 malam.

Tapi bila jam 4 pagi dia buat mata terkebil2 comel, mak is mengantuk baby. 

Sambil mulut dia bising2 mulut ai pun bising2 copy suara dia, bulat je mata dia tengok mak dia hahaha...


tapi tulah...esok kena bangun awal lagi... ada kes menanti huwaaaaa


Tidur, aku rindu!!!

Tuesday, 6 October 2020

What Happened Since My Last Post?

 Hola People!

Long time no see. 

What did happen to me?

Stay tune and be ready! 

teehee


to be con't....