Wednesday, 30 December 2020
Last Day of Working for 2020
Tuesday, 29 December 2020
Monday, 28 December 2020
Thursday, 24 December 2020
Ter miss
Tuesday, 22 December 2020
Fahri First Suction
Setelah berhari-hari fahri menahan sakit di dada, akhirnya harini mommy and papa bawak dia jumpa doktor. Fuh alhamdulillah takde apa2 cuma dia kena tepuk2 dan suction sampai meraung habis merah kepala dia.
First time.
Lepas ni kita jaga elok2 ya Fahri. Maafkan mommy. Kita sama2 belajar okay.
Monday, 21 December 2020
Dah!
Fahri first's word today is dah! hehe so kiut... jelas pulak tu.
Semalam dia dok ulang papa mama lepas tu tiba pandai babai heheh lahai fahri kuu
Friday, 18 December 2020
Thursday, 17 December 2020
Finally settled! Alhamdulillah...
Wednesday, 16 December 2020
Seeing him smile
melts meeeeeee
p/s: Alhamdulillah harini Fahri bangun selepas saya siapkan semua weehuuu thank you Allah!
Tuesday, 15 December 2020
No noning today
Harini my Fahri terbangun awai, x cukup tidur so bila cakap good noning dia tak senyum hooo
Monday, 14 December 2020
Wednesday, 9 December 2020
Kelam Kabut Day
Tuesday, 8 December 2020
7 Bulan
Monday, 7 December 2020
Murung jap
Friday, 4 December 2020
Kopi
Dah lama teringin kopi so pagi ni minum dan sekarang tengah ngantok hahaha
Siapa yang macam saya minum kopi je ngantok
Thursday, 3 December 2020
SSI
Pergi SSI tadi tengok ofis depa baru syoknyaaa... okay nak berangan ada ofis kena naik lif, bila p ofis bawak kopi kat tangan sambil tunggu lif pastu pantry ofis ada macam2 sekneka makanan boleh makan fuhh bestnyaa...
berangan takpe kan. Kot nanti boleh bukak firm sendiri. Jadi bos sendiri boleh masuk ofis suka hati haha haktui
Wednesday, 2 December 2020
Terrrrrrr lambat bangun
Tak sempat buat jus today huwaaa...
Make sure malam nanti buat ye awokkkk kbai
Tuesday, 1 December 2020
1st Day of the Last Month of Year 2020
Hello Disember!
Please be nice to all of us. Thank you Allah for always be here for us walaupun kami berkali2 memungkiri mu huuu
Monday, 30 November 2020
Serabot but
Friday, 27 November 2020
Jumaah Mubarakah
Alhamdulillah,
Harini mommy sempat settle everything dan breakfast sambil tengok 21 bridges hehe...
Tak sempat habsikan muvee tiba2 dengar bunyi ketawa haha...
kbai.
Thursday, 26 November 2020
Thursday Tragedy
Ada dua kejadian berlaku harini.
1. Dalam mulut my Fahri berdarah. Masa tu dia tengah syok gigit bekas berocca. pastu tetiba nangis rupanya dia gigit bahagian yang ada penutup dan benda tu tersekat dalam mulut. Saya panik sebab tengok dia nangis2 takut tak benapas lalu cabut benda tu dan terdarah sikit huu
2. First day bawak kereta ke ofis. tapi bukan bawak elis so tak best haha...
p/s: nasibla my Fahri tu strong boy huuuuuuuu
Wednesday, 25 November 2020
Jangan Puji
Tuesday, 24 November 2020
Same ol same ol
Cuma pagi ni My Fahri baik betul kasi mommy setel semua, siap mandi semua baru dia celik mata hehehe
luv you ma boy <3
Monday, 23 November 2020
He knows me well ;)
Friday, 20 November 2020
Gloomy Day
it was yesterday. Plus i was busy also going here and there.
No update from me yesterday kan.
No words.
Will update the story when i feel to write later.
Now?
Let's finish some works yah!
Wednesday, 18 November 2020
Full
Thank you boss belanja lunch hari ni yum yum...
Sampai sekarang masih full ni. Kalo tak selalu nye akan lapar medang hahahaha
Tuesday, 17 November 2020
Lovely Morning...
...is when your babies are still asleep at 9am and you just finish with all the morning chores weee...
Monday, 16 November 2020
Kembali Semula Lepas Ponteng hehe
Thursday, 12 November 2020
Kecepek
The above is what we call when My Fahri poo poo.
Hari ni ai extra mengantuk sebab start pukul 2 pagi my Fahri bangun sejam sejam untuk susu huuu...
Lepas tu pagi2 tadi dia kecepek, dan biasala la pampers duty malam2 is my husband's so dia macam biasa mengantuk2 lepas tu my Fahri 3 kali kecepek setiap kali tukar pampers sampai laa husband pergi tinggalkan fahri tanpa pampers sebab dia p ambil ambil pampers kat luar kot,
then, ai yang tengah mengantuk gila ni dengar bunyi kecepek aigooo ingatkan okla rupanya dia tengah menerap tanpa pampers dan habisla kena cadar aigooo...
Kesian fahri kena marah dengan papa dia hahaha but me, ai cair tengok dia bila dia senyum gituuuuuu kat ai bila ai cakap good morning hehe...
p/s: bahaya ni senyum dia charming sangat hooo
Wednesday, 11 November 2020
Debo
Tuesday, 10 November 2020
Pening
Harini lambat lagi masuk ofis. Terlambat bangun sebab malam tadi tatau kenapa takleh tidur heh...
Bangun2 kelam kabut masak nasi Fahri, letak susu dalam botol dan buat jus.
Nak p kerja pulak tu tengok jalan masya Allah panjangnya jem segala macam lori ada kat simpang pulai ni huu...
Hopefully esok tenang-tenang aja ya!
p/s: Alhamdulillah kes esok jalan via email. tapi tatau bila. Kena tunggu emel dari Pendaftar. Hopefully all okay ;)
Monday, 9 November 2020
PKPB 2.0
Hari pertama PKPB (again) dan hari kedua my Fahri makan nasi weeeee ^_^v
Alhamdulillah masih boleh kerja macam biasa dan court cases postpone wee huu
p/s: rilek je masuk lambat gila harini dengan baju warna warni -_-'
Thursday, 5 November 2020
Harapan Pelesu
Pagi-pagi mekyong mesej kata minggu ni nak balik ipoh.
Tiba-tiba sat sat ni pakyob mesej pulak kabo x jadi...
cehhhhhhhhhhhhhh....
p/s: baru nak beli kek haha huuu
Wednesday, 4 November 2020
Sushi Bonanza
Tuesday, 3 November 2020
Somehow Sad
Tadi pergi makan nampak ada orang muda datang dari kedai ke kedai, kutip duit tabung infak yang dia letak dekat setiap kedai.
Tengok dia cakap baik-baik je, tapi pakcik kedai tu bising dan tinggi suara kata asyik bagi tabung je, dengan nada marah2.
Tak tahulah budak tu scam ke apa tapi...
Rasa terdetik sedih hati tadi. Bila teringat budak2 kecil yang kena datang meja ke meja minta duit sedekah, jual barang atau yang seangkatan dengannya.
Sedih tengok budak2 tu lain macam bila dah ada anak ni.
Bayangkan bukan diorang yang pilih untuk buat macam tu. Ada yang mak ayah dah takde, terpaksa buat sebab penjaga suruh buat, kalau tak buat mungkin kena marah, tak dapat makan atau sebagainya huhuhu...
sedih sebab teringat anak sendiri. sebab kita ni tak tahulah pengakhirannya macam mana huwaa...
Ya Allah, tolong jaga anakkuu
p/s: tazkirah untuk diri sendiri untuk sentiasa bersyukur dan bantu orang lain! Saya akan ajar my Fahri dari kecil in sha Allah.
Monday, 2 November 2020
Surprise Surprise
Masuk office nampak ada satu parcel atas meja. Tengok situ tulis beg, so macam ok la ni beg HP yg beli itu hari yay sampai dah.
Tengah baring2 bawah meja macam biasa tiba2 dapat satu lagi parcel.
Kita rilek je ingat barang apa la kan.
Bila bukak, wah sho shweet, dapat buku HP design by minalima tu...suka suka suka ;)
p/s: patutla malam tadi husband sweet lain macam. haishhh cubaan beli jiwa kununnnnn
Friday, 30 October 2020
Gaji Tertinggal
Harini follow up jahitan my Fahri kat hospital. Biasanya kalau hari pergi Hospital mesti ai malas masuk office dah tapi sebab elok je duit gaji ai tinggalkan kat bawah meja ni, atas lantai je pun bukan dalam laci so ai gigihkan la jugak masuk office walaupun dah suku hari di hari jumaat kihkih...
p/s: kerja banyak gila tapi tade motibasi nak buat ni cano aduiiii
Wednesday, 28 October 2020
Happiness is...
...when your baby smile at your early in the Morning and sleep after that, giving mommy time to be ready for work ;)
Today's matter?
Walaupun tak dapat order in terms but I manage to stand straight and answer every single questions by Yang Arif hehehe...
Bak kata my learned friends,
Kalau depan Yang Arif ni tak kelahi tak sah! kah!
p/s: Kes pertama kena panggil tapi 9.40am baru start. penat je awal2 siap tinggalkan my Fahri pagi2. Tapi kalau datang lambat kang time tula depa nak kata kita ni asyik lambat grrr....
Tuesday, 27 October 2020
Stay Positive!
You, yes you!
Jangan fikir sangat pasal tuuu...
Please continue to,
eat
eat
eat
minum banyak-banyakkkk...
stay healthy!
Sikit lagi!!! you can do it!
kindly, me ;)
Monday, 26 October 2020
Hakim Baru
Masuk-masuk office je harini staff bagi tau Court call suruh masukkan submission untuk kes perintah pembahagian. Aigoo..kes mudah je pun nak submission bagai Yang Arif ni grrrr....
Sekian isnin.
Friday, 23 October 2020
Cantiknya Jahitan!
Pagi tadi pergi jumpa doktor jahat nak bukak tempat jahit my Fahri. Oh my tengok ada nanah sikit. Doktor kata bila ada nanah tu bagus sebab my Fahri ada reaksi bagus terhadap antiobiotik yang diberi. So Alhamdulillah...
Tapi tengok jahitan doktor masha Allah sabo jele...
Doktor lelaki pulak kan, doktor dah tua pulak tuu...jahit memang fail la kot haha
patutla kak my friend yang husband dia doktor cerita dulu laki dia selalu beli daging untuk praktis menjahit kat daging tuuu...
p/s: lepas tengok jahitan doktor jahat tadi baru paham maksud nurse2 bila diorang tengok dr. asyikin jahit, cantiknya jahitannnn kata depa la. kita mana tau tak boleh nak tengok huuu
Thursday, 22 October 2020
Swab Test
hari ini kecoh dalam group pasal lawyer taiping yang positif...
Allahu semua risau nak pergi Mahkamah dah ni. Takut ada kluster peguam pulok huhuhu
Another PKP?
Syok jugak dapat spend full time with my baby tapi not for hubby sebab kalau pkp macam mana nak niaga demi sesuap grab food dan moratorium pun dah habis huuu...
begitulah dilema kita2 yang bukan bangsawan mahupun kayangan.
p/s: kalo korang perasan yang lelaki kalo buat swab test kompem muka tu ya ampun macam sakit sangat. Seriusly ai kena dulu takdela sakit pun. geli2 sikit ja. over kan lelaki ;p
Wednesday, 21 October 2020
Growth Spurt
Pertama kali dengar pasal ni ingat berlaku bila bayi tu asyik nak menyusu saje. Rupanya tidak. Ada macam-macam perkara yang dilakukan oleh bayi selain kuat minum susu iaitu tak mahu tidur, asyik nak merap, tahan mata dan lain-lain.
Nasib baik ai dah tanya my bff. Dia yang bagitahu macam tu so lega sikit la kan. Perubahan-perubahan tu maksudnya budak tu nak membesar, tengok lepas dia dah ok balik mesti dia pandai something...emmm
Banyak kali berlaku sebelum umur satu tahun so bertabahlah mommy! you can do it!
p/s: tapi asyik dengar orang cerita anak depa tidur elok je pagi baru bangun. My Fahri je yang suka kejut mommy dia bangun selalu hooo
Tuesday, 20 October 2020
Resepi Sup RI
Sambil duty pam harini ai tertengok Rizalman masak sup ayam pulak aduhh sedapnyaa...
So, nak bagi ingat kita tulis sini.
- Tumis bawang merah, masuk halia, star anise dengan kulit kayu manis. tumis garing2 sikit bawang tu
- Baru masuk ayam. api kena slow, biar ayam tu keluarkan air dia
- Letak air ikut banyak mana suka.
- lepas tu masukkan bawang besar, sup bunjut, tutup periuk dan reneh api kecik sampai menggelegak
- kacau2 kan pastu masuk air lemon 2 biji, rasa la kasi sedap
- lepastu masukkan bawang merah yg digoreng asing (tumis darat) tuang atas sup tu, masukkkan jugak daun sup daun bawang
- then tabur lagi bawang goreng dengan daun sup daun bawang siap!
Okay nanti balik rumah nak buat!
p/s: tapi kena beli barang aigoo
kbai!
Monday, 19 October 2020
5 A Day Juice
Pagi ni berjaya buat jus sebijik rasa macam air boost favorite ai tu teehee...
Dapat pulak breakfast lontong full set tadi aumm sedapnyaa...
Permulaan yang baik untuk isnin yang baik.
Ayuh kerja!
p/s: masa kerja saya memang lambat bukan awal macam semorang woha! ;p
Monday, 12 October 2020
Mohon Doa yang Terbaik
Just received a sudden video call from my big sis.
Hopefully we all negative ameen ya Rabb!
#alliswell
Thursday, 8 October 2020
Ringgit Malaysia One Thousand Five Hundred
Wednesday, 7 October 2020
Rindu untuk tidur
Selain membaca, saya juga suka tidur dan kopi.
Walaupun suka minum kopi, saya masih boleh tidur.
Zaman belajar dahulu, orang lain study atau tengok movie,
saya sudah di alam mimpi,
Sejak jam 10 lagi haha...
Awal pagi tadi, my baby buat hal lagi.
Semalam nampak comel bila dia tidur awal jam 8 malam.
Tapi bila jam 4 pagi dia buat mata terkebil2 comel, mak is mengantuk baby.
Sambil mulut dia bising2 mulut ai pun bising2 copy suara dia, bulat je mata dia tengok mak dia hahaha...
tapi tulah...esok kena bangun awal lagi... ada kes menanti huwaaaaa
Tidur, aku rindu!!!
Tuesday, 6 October 2020
What Happened Since My Last Post?
Hola People!
Long time no see.
What did happen to me?
Stay tune and be ready!
teehee
to be con't....