Any fool can make a history but it takes a genius to write it
-Oscar Wilde-

Wednesday, 27 February 2019

Masih Gemok

Setelah hampir 2 bulan start slow jogging, ai masih lagi gemok kahkah...

TAPI jangan putus asa dearie. Sila kekalkan istiqomah itu sebab dapat rasa badan tambah segar tak lah lemah macam selalu...lengan pun dah terasa muat balik kat baju tu kihkih...chayokkkk

p/s: macam mana tak gemok, makan tak pantang pun kahkahkah

Monday, 25 February 2019

Pusing-pusing Pening

Ai memang ada penyakit pening kalau lalu jalan pusing-pusing. Masa kecik-kecik dulu kalau nak balik kampung mesti kena ready pakai minyak semua, pastu kena tidur. Kalau tak tidur kompem muntah hahaha...

Ingat dah besar okla kan. Tapi masih tak ok. Nasib bila bawak kereta tak pening.

So to make sure bila nak jalan or naik kapal, memang dah ready kena makan kenyang2 dan sapu minyak cap kapak.

Tapi semalam pergi genting memang pening teruk. dah makan dan sapu minyak dan tido pun pening lagi huwaa...naik cable car pulak adeh...

memang last la ai nak pergi genting.

Takde apa sangat pun atas tu. Cameron Highland lagi best! kbai hee

p/s: naik cable car Hakone tak pening pulak kehkeh mengada

Wednesday, 20 February 2019

No Garam

Semenjak En. Jarip kerap sakit kepala dan doktor suruh check BP hari2, jenuh ai pk nak bagi makan apa pakcik ni. Memang kalau masak kat rumah ai jarang guna garam tapi of cos ade letak sikit sos or kicap yang already ada sodium kat dalam kan...

memandangkan kami nak bercuti bulan 3 nanti, takde dah barang basah dalam peti. Jenuh juga kadang-kadang tu nak masak apa terpaksa la masak je telur atau meatball atau kentang atau daging hancur je yang ada dalam peti tu heh...

stok roti jadi wajib sekarang. Dan haritu dah beli pisang. Bab nasi pulak memang jenuh. Terpaksa cari ayam penyet seantero Ipoh untuk makan hahaha...dua kali jugak kami pergi Mydin Meru jauh nau tu sebab nak makan ayam penyet kihkih...

sebab malam tadi Jarip kata ikan bakar tak sedap langsung, tengah hari tadi pergi cari nasi ayam penyet kegilaan misi hospital kat area stadium. okla not bad. Tapi rindu ayam penyet yang makan masa study dulu huuuu...

p/s: semalam gagal jogging sebab tengok Perak lwn Ulsan blurghh...penat je tengok sebab kalah huuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Tuesday, 19 February 2019

Istiqamah

Alhamdulillah sekarang sis dah istiqamah semula cuci muka + pakai toner + moisturizer + sun block + peel of mask + mud mask cuma night cream je belum jumpa.

Sabtu lepas pergi Parkson lepas tu konon-konon nak pakai lipstick sebab pagi keluar rumah tu terlupa nak calit lipstick Mekah tu.

Sambil tengok-tengok cari Lip Matte, tetiba terjumpa yang cantik amat dan promoter tu pun rajin tolong bedakkan dulu bibir sebelum letak matte tu.

Jatuh cinta terus beli. Tapi bila pakai kat rumah bedak takde so effect matte tak nampak sangat. Harini teman hasben pergi Guardian terus ai sambar satu compact powder haha nak pilih jenuh sebab sis tak pandai. Last2 beli je silky girl BB all - in - one pilih tu sebab dia ada sakura haha...

ok tak sabar balik nak touch up bibir dengan matte tu kehkeh...ai beli yang kaler Rose beige bila try kat office macam ok jugak tak nampak macam pakai bedak.

So maksudnya esok ni kena start pakai bedak lah ya selepas pakain sun block tu?

haha bertambahlah masa ai untuk bersiap setiap hari kihkihkih...

p/s: lunch time dah kome. Moh tidur...

Thursday, 14 February 2019

Today's Advice

"...Spend some time alone..."

Macam mana nak buat ya? Hari ini naik satu kereta. Mungkin balik nanti kita boleh tidur awal dan tak payah basuh baju. Itu consider sebagai spend some time alone tak?

Good advice during Valentine's Day by the way haha

Wednesday, 13 February 2019

Titik

Patut malam semalam rasa penat sangat. Bulan ini awal 4 hari. hemmm...

Tuesday, 12 February 2019

3 Rasa

Hari ini diri ini merasa 3 macam.

Pagi tadi rasa bersalah sangat kalau tak solat Subuh. Sebabnya terlambat bangun TAPI jangan sesekali tak solat walaupun lambat tau korang. Ingat PESAN ini!

Dalam perjalanan ke office tadi dari JPN Meru rasa gementar gila bila kena stop dekat kawasan bukit sebab lampu merah. Risau mengundur macam ituhari kat Court. Kebetulan ada ambulan nak lalu kita pun jalan terus nasib tak dilanggar oleh kereta lain yang laju nak jalan huuu. Trauma dua perkara huwaaa...

Masuk office rasa marah bila staff ambil pesan dari Client tak lengkap. Bila ditanya esok tu dia kata nak jumpa pukul berapa? Entah Cik Jannah call la sendiri client tu balik. Senang je kerja hang ye. Ambil pesan pun adoi takkan itu pun nak ajar... grrr@#%&*

ok #donebebel

p/s: lepas nervous shock hampir kena langgar tadi tu tangan masih menggigil masa bungkus lunch tadi huuu

Monday, 11 February 2019

Sibuk

Jumaat lepas sibuk benar sampai terlupa nak update blog kihkih...hari ini tenang sikit. Settle separuh kes di Mahkamah Syariah pagi tadi. Ingat harini nak lepak buat kerja tapi tiba-tiba bos suruh prepare permohonan faraid satu klien ni pulak huhuhu...

Sebelum mula kerja kena ambil mood dulu kan so belek blog kejap tengok post tahun 2016 ada ai janji nak cerita pasal Tokyo tapi takde pun haha sampai tahun ni pulak nak ke Osaka kihkih...nantila kita cuba cerita di posting lain naa..

daa..adios

p/s: rindu jogging. Petang ni jom?

Thursday, 7 February 2019

Post CNY Holiday

CNY tahun ni tak dapat nak acah-acah celebrate ataupun berehat booo...sebab apa? Rahsia ;p

Hari ini seperti biasa masuk office badan lemau kihkuh tapi berjaya habiskan satu episod Gilmore Girls pagi tadi sambil breakfast weee...

Belek posting tahun 2015 best sebab ada posting pasal Bali. Oh rindu nak makan kat Malioboro, Wong Solo, Nasi Padang Restoran Sederhana & Jimbaran ;)

Ya, saya suka makan. Bila gemuk bising tapi makan suka. Itulah kaun wanita ya. Okay Petang ni kita jogging eh kurkurkur

p/s: cepatla pukul 1 nak makan ni 

Monday, 4 February 2019

Haram

Sempena AJL semalam memang akan trending la 'Haram' dan Baby Pian...

Esok pulak Tahun Baru Cina Tahun Oink2 so memang ngam ;p

Post tahun 2014 tak de apa. Boringggggggg...

p/s: last jogging haritu hari sabtu. Harini kerja. Rabu adik ipar nak tunang. Esok kena buat agar2 kbai

Friday, 1 February 2019

Misi Tidak Berjaya!

Hari pertama Februari dan saya tidak berjaya dapat Grab dengan harga yang murah...gila sekali ganda naik harga. Due to high demand katanya. Sebab hari jumaat ke pun? Sabar jelah...
Semalam pun tak sempat habiskan buku tuuuu...tadi sikit je lagi nak habiskan tapi bos kacau suruh masukkan cek kat bank huu...

It's okay dearie. Esok cuti jadi ayuh habiskan kerja cepat untuk jump into cuti mode ngee...

Btw, posting tahun 2013?

Banyak kisah pasal kesayangan gua. Still miss him so much tho ;) I almost forgot the 'One in a Million' song by Miley. Gonna download and put in my jogging list. 

p/s: Esok kena tampal Notis yang tak berjaya serah itu hari hukhuk