Salah satu sebab mengapa yang saya suka dengan tempat kerja baru saya ini adalah; bos saya tidak pernah berkira. Setelah jenuh dua bos yang sebelum-sebelum ini kesemuanya 'kedekut', maka kali ini terasa heaven sekali hihi...
Seperti biasa rutin saya kalau bos nak pergi bank, dia mesti kena ajak saya sebab senang nak parking, almaklum kebiasaannya tempat parking area bank selalunya memang masalah. Kadang saya tunggu je dalam kereta, kadang saya yang turun menyelesaikan urusan tempat kerja.
Biasanya dalam kereta kami kongsi gosip yang macam-macam. Walaupun dengan bos tapi seronok je kami 'puji' orang sama-sama hahaha...tapi semalam tiba-tiba bos cakap mana nak cari goreng pisang ek? Saya cakap 'maxwell' laa...tapi entah ada entah tidak x pasti jadi kami cuba nasib jee...tapi sebelum singgah beli kami ambil bff bos dulu baru cukup coarum hehe...
Kalau kat ipoh memang tempat pisang goreng yang best nak beli kat maxwell road tu. Memang pisang sedap dan x berminyak. Tapi rupanya ada lagi satu tempat pisang goreng best kat area lapangan terbang. Itu pun en hasben yang bawa haritu cuma kalau nak pergi tu terlalu jauh dari ofis so maxwell road it is!

I am not a big fan of goreng pisang tapi sebab tengah hari semalam tak makan lunch so ngap jelah rezeki jangan ditolak ye dak hihu..
Kami pergi membawa goreng pisang untuk di buat minum petang di kedai makan berdekatan ofis kami. Tetiba duduk je nampak senior lawyer, Dato' Sham. Alamak terpaksa tegur, kata bos kepada bff dia. Kami tegur dan sampai datuk pindah tempat untuk bagi kami rasa terung pipit hasil kebun dia. kalau dah duduk dengan datuk tu memang tak habis la bersembang dan hasil daripada sembang minum petang tersebut saya belajar satu perkara pasal pisang.
Pisang bila dia datang penyakit dia tu, penyakit pisang berwarna hitam isi dia tu which is saya pun baru tahu, makanya kesemua pokok pisang di kebun tersebut kena buang. Setahun x boleh tanam pisang sebab virus tu still ada dalam tanah dan setahun lepas tu baru boleh tanam balik.
Banyak betul ilmu alam tak tahu ini...alhamdulillah bukan sahaja dapat makan free tapi ilmu pertanian yang bermacam dari dato'.
Sembang dok sembang sampai jam 5.30petang saya pun minta diri sebab nak balik dah tapi mereka continue entah sampai jam berapa hee...
p/s: dato' sham tu perempuan tau.
p.p/s: mana ada bos ajak lepak minum petang tak hengat ofis hour kan kan hehe..
No comments:
Post a Comment